
PENGENALAN TAMADUN
Perkataan “tamadun” sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan ( material) sesebuah masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian ( Jurji Zaidan ) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telah diterimapakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Melayu sejak zaman berzaman. Segelintir manusia masih lagi hidup dalam keadaan amat dhaif, namun pada umumnya dunia hari ini telah menempa sejarah tamadun yang tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih, kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengkagumkan dan sebagainya. Ini di tinjau dari sudut fizikal. Bagimanapula dengan spiritual? Sikap, pegangan, nilai-nilai akhlak dan moral?. Hal ini masih boleh diperbincangkan panjang lebar. Walaupun begitu ada baiknya kita bincangkan apakah dia pengertian perkataan tamadun telebih dahulu.
Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dam civilitas = Civilization. Bererti warganegara, undang-
undang dan sistem pemerintahan Rom.
Bahasa Greek : Kei yang bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang. datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang. disimpan.
Bahasa Inggeris : Civilize bererti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan
mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif)
kpd. kehidupan yang. baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.
Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.
Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Jg. merujuk kpd. unsur-unsur
material dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia.
Kedua-dua Bahasa Tamil dan cina menyentuh tentang tingkahlaku yang baik.
Bahasa Arab : Tamadun berasal dari perkataan Arab “maddana, yamuddunu, madinatan” Madani adalah sifat nama yang membawa yang membawa erti sifat pembangunaan, atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri. Lawan kepada sifat tersebut ialah “Badw” yang bererti kehidupan badwi. Nama Kota Madinah kepada suatu tempat yang dahulunya dinamakan Yathrib. Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thaqafah, madaniyat, umran dan hadharah.