
Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun
Tamadun Berlaku kekeliruan dalam memahami pengajian ketamadunan dan sejarah tamadun Pengajian ketamadunan membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan abstrak Sejarah tamadun merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, kemajuan dan kemundurannya.
Amnya – pengajian ketamadunan tidak begitu terikat kepada batasan zaman, manakala sejarah tamadun dibatasi faktor masa. Kedua2nya saling berkait kerana tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan menjadi subjek yang hambar dan kosong. Melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan dibangunkan serta dikembangkan. Selain sejarah, disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga menjadi kompenan dlm pengajian ketamadunan spt agama, falsafah, kajian bandar, sosiologi, antropologi, kebudayaan, sains dan teknologi dsb. Pengajian ketamadunan turut merentasi perbincangan tentang masa lampau, masa kini dan masa depan.