
Dari pelbagai istilah tamadun tersebut walaupun berbeza dalam tafsirannya tetapi Nampak jelas kelihatan ianya menunjunkkan saling memperkuat dan memperkukuhkan di antara satu sama lain. Berdasarkan kepada pergertian-pergertian yang dikemukan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.
Bagaimanapun konsep ketamadunan yang sering difahami masyarakat manusia sekarang lebih menjurus kepada perkara berkaitan dengan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata (material) dan lebih buruk lagi apabila kemajuan itu dihubungkan dengan simbol-simbol kemewahan. Sebenarnya kemuncak sesebuah tamadun bukanlah digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun.
Bolehlah diringkas bahawa maksud tamadun ialah kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan samada berbentuk material mahupun spiritual.