
Takrif Tamadun
Perkataan tamadun diguna bagi menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat khususnya dari aspek ilmu pengetahuan dan fizikal. Perkataan tamadun berasal dari bahasa Arab maddana bermaksud perbuatan membuka bandar/kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan tersebut diterbitkan perkataan madani bermaksud sifat sesuatu yang berkaitan dengan cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti yang terpuji.
Perkataan maddana & madani sebenarna berasal daripada din berarti agama iaitu menggambarkan kehidupan beragama. Tamadun ditakrifkan – pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (spt. sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dll) yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan. Istilah tamadun diperkenalkan oleh Jurji Zaidan (Tarikh al-Tamaddun al-Islami). Ibn Khaldun merupakan sarjana Islam lebih awal menulis mengenai ketamadunan. Beliau menggunakan istilah Umran bg menjelaskan makna tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.
Beliau membezakan masyarakat kepada dua iaitu umran hadhari, yang telah mencapai kemajuan dan umran badawi iaitu yang belum maju. Beliau telah mengemukakan teori kitaran di mana sesuatu peradaban akan bertahan sekitar tiga generasi:
-
Generasi awal – memiliki semangat juang dan kekitaan dan solidariti sosial yang tinggi
-
Generasi pertengahan – memiliki keupayaan intelek, ilmu dan kemahiran
-
Generasi akhir – mula lemah dan dilingkungi kemewahan, kehilangan akhlak dan jati diri yg membawa kepada kemerosotan peradaban.
Perkataan sama makna dgn tamadun dlm bahasa Inggeris – ‘civilization’ – berasal drpd perkataan latin ‘civitas’ iaitu kota / bandar. Tamadun menekankan penggabungan ketinggian budaya dgn kemajuan kebendaan. Dalam tradisi Barat, civilization ditandai dengan pencapaian ilmu dan teknologi, aktiviti ekonomi, politik, kemasyarakatan dan penempatan di bandar. Civilization juga menggambarkan budaya (culture). Oleh yg demikian pencapaian suatu tamadun sering diukur berasaskan tahap kompleksiti suatu organisasi sosial melalui aktiviti masyarakat.